Asalammualaikum…kepada sahabatku sekalian..

Pagi tadi sebelum P.B masuk ofis singgah besfas kat warung kegemaranku.. mmg marvelous roti canai kat sini..makan hari2 pun takpe..sedang asyik bercerita dengan kawan2 tetiba nampak sorang makcik ni..cantik orangnya manis je..pasti lawa waktu mudanya dulu tapi tengok sekarang pun cantik tak jemu mata ini memandang. Aku sangka makcik tu baru sahaja berumur 40 an..tekaan aku meleset..umurnya dah 50 an..Apalagi aku pun sibukkan diri tanya rahsia Awet Muda dan sentiasa nampak cantik..Makcik tu cuma jawab dengan dua patah perkataan jer...SENYUM & KETAWA...

Indahnya sebuah senyuman

P.B pun terfikir Senyum dan Ketawa boleh awet muda? ohh murah dan mudahkan. Hanya dengan rajin tersenyum dan Ketawa, Anda sudah memiliki tabungan untuk awet muda. Adakah Anda tidak percaya?

Tertawa boleh dikatakan sebagai ubat yang paling murah meriah. Menurut dr Agus Ali Fauzi, PGD Pall, Med (ECU), tertawa memang layak disebut ubat semulajadi nombor satu. Betapa tidak, tertawa merangsang otak untuk menghasilkan hormon-hormon tertentu, yang pada akhirnya memicu pelepasan endorphin. Endorfin adalah asid amino di dalam tubuh yang bekerja mengurangkan rasa sakit. Semacam morfin alami.
“Sebenarnya bukan tertawa saja, tersenyum pun punya kesan yang sama positif,” kata lelaki yang sehari-hari bertugas mengurangkan sakit para pesakit kanser itu.

Bahkan, senyum tulus dan ikhlas, serta senyum pura-pura pun punya kesan yang sama positifnya. Kok bisa? Ketika tersenyum, sekitar 15 hingga 17 otot di wajah menjadi rileks. Jika itu terjadi, peredaran darah menjadi lebih lancar. Automatik pengedaran oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh menjadi lebih baik.

“Mereka yang rajin senyum, biasanya mempunyai kadar endorphin yang tinggi. Makanya, mereka lebih bahagia, “kata Agus Ali.
Dari banyaknya kajian soal tertawa boleh dikatakan Patch Adam, MD adalah perintis. Dia seorang doktor AS yang memulakan gerakan senyum dan tertawa sebagai salah satu cara menyembuhkan pesakit.

Menurutnya, jika seseorang tersenyum, otaknya mengeluarkan serotonin yang berfungsi meningkatkan kekebalan tubuh. Kalau seseorang sedang sedih, dan kemudian tersenyum, maka zat otaknya akan tetap menghasilkan zat-zat yang meningkatkan kekebalan tubuh.
Kesan lain, senyum meringankan keadaan psikologisnya. “Jadi senyum adalah antibody, atau kekebalan tubuh, yang paling spektakuler. Oleh itu, jangan sia-siakan, “kata Adams.

Faedah

Nah, bagaimana dengan tertawa? Jika tersenyum saja sudah berfaedah, maka faedah tertawa berlipat ganda. Apa saja?

Merangsang Kekebalan Tubuh
Tertawa akan menggerakkan bahagian dalam tubuh, mengaktifkan sistem endokrin, sehingga mendorong pengeluaran hormon-hormon antistres serta sel-sel kekebalan. Di sisi lain, hormon-hormon stress akan menurun.
Hasilnya, kekebalan tubuh akan meningkat. Jika seseorang sakit dan tertawa, maka rasa sakit itu menjadi berkurang. Sebuah penelitian di AS menemukan seorang pesakit gangguan tulang belakang parah ternyata sangat tertolong oleh video Candid Camera. Menurut pesakit itu, 10 minit tertawa bisa membuatnya tidur dua jam tanpa rasa sakit.
Tertawa juga mencegah pengerasan pembuluh darah. Sehingga mencegah keadaan-keadaan yang menyebabkan nyeri dada, serangan jantung atau stroke.Kata kata dr William Fry, pengarah Center for Prevention Cardiology Maryland Medical Centre, Baltimore AS, “Tertawa boleh mencegah serangan jantung.”

Membuat Tubuh dan Pikiran Menjadi Rileks
Tertawa membuat badan dan pikiran menjadi rileks, serta mengurangkan stress. Oleh itu, jika stress atau bekerja keras, anda disarankan untuk sering-sering tertawa. Saat tekanan darah dan detak jantung meningkat, tertawa membuatnya kembali normal. Dalam keadaan itu, sensor-sensor perspektif akan meningkat dan anda justru boleh menghadapi tugas dengan lebih baik.

Meningkatkan Sirkulasi Darah
Jika anda berada dalam kedudukan diam, misalnya duduk bekerja dalam tempoh yang lama, tak jarang peredaran darah menjadi lebih lambat. Tertawa boleh meningkatkan detik jantung, dan membuat otot-otot yang aktif. Menurut dr Madan Kataria, guru Harsya Yoga atau Yoga Tawa, tertawa juga memberi pijakan pada saluran pencernaan. Hasilnya, tertawa memperbaiki peredaran darah, sehingga membantu perjalanan nutrisi dan oksigen ke seluruh tubuh.

Sama dengan Sukan
Tertawa terbahak-bahak amat bermanfaat bagi orang sihat. Tertawa terbahak-bahak akan membuat otot perut, dada, bahu, paru-paru dan punggung bergerak-erak. Hasilnya, seperti jogging. Selain itu, otot-otot wajah ikut tergerak sehingga peredaran darah lancar.
Cuba perhatikan, senyum simpul saja kadang membuat wajah kekasih anda merona. Apalagi kalau si dia tertawa. Biasanya, wajahnya jadi sedikit kemerahan. Menurut kajian, 100 kali tertawa sama dengan 15 minit berbasikal statik. Satu minit tertawa terbahak-bahak, sama dengan 10 minit menggunakan rowing machine atau mendayung. Untuk membuat tawa sebagai sukan, anda perlu tertawa selama sekurang-kurangnya 30 saat hingga tubuh merasakan sensasi hangat.Tertawa sebenarnya boleh mencegah serangan jantung. Tapi, tertawa terbahak-bahak tidak digalakkan untuk pesakit penyakit tertentu. Seperti mereka yang punya gangguan jantung parah. Masih banyak manfaat tertawa yang lain. Satu yang pasti, suasana hati anda dan lingkungan sekitar pasti jadi lebih tenang. Ini penting untuk menurunkan tahap stress dalam diri anda, dan membuat anda rasa awet muda .

Latihan Tertawa

Ikut langkah-langkah berikut ini dan ketawalah  sepuasnya.

1. Niat Tertawa
Sebelum tertawa, berniatlah untuk tertawa dengan tulus. Jangan tercemar fikiran selain niat untuk tertawa.

2. Seperti Anak-anak
Setelah berniat tertawa, munculkan sifat bermain seperti anak-anak. Lupakan status dan kedudukan anda. Bayangkanlah bahawa anda adalah anak-anak yang riang gembira, merdeka tanpa beban dan hidup adalah arena bermain yang menyenangkan.

3. Dilarang menertawakan Rakan
Hati-hati, sebaiknya jangan tertawa kerana melihat kekurangan, keburukan, kesalahan, kecuaian orang lain. Intinya, jangan tertawakan orang lain!

4. Jangan Tertawa Sendiri
Kalau anda berjaya tertawa dengan lepas, jangan egois. Bagilah kebahagiaan anda. Perlihatkan ekspresi tawa anda pada orang di sekeliling,  bagilah ketawa anda pada mereka. Biarkan mereka yang melihat ekspresi tawa anda, pastinya mereka ikut tertawa bersama.

5. Buka Diri
Biasanya, kaum hawa akan menutup mulutnya saat tertawa. Masih banyak orang yang menjaga sikap ketika ketawa. Sebaiknya, jangan ditahan,  Biarkan seluruh tubuh mengekspresikan tawa yang bebas lepas. Jangan malu memperlihatkan gigi.

6. Hubungi Mata
Cinta berasal dari mata turun ke hati. Terapi tawa, berasal dari hati, naik ke mata dan turun ke bibir. Saat tertawa, pertahankan kontak mata dengan orang-orang yang ikut tertawa bersama anda. Tawa yang tulus akan terpancar di mata. Ketulusan tawa anda kelihatan boleh mata sedikit menyipit dan bibir tertarik ke atas .*

Apakah  Erti Senyum? Senyum itu adalah suatu bentuk penggambaran jiwa dari seseorang yang suasana hatinya nampak tenang dan damai. Makanya kalau anda rasa sedih, kecewa atau marah, cubalah tersenyum, pasti sedikit beban anda  akan berkurangan. Gunanya senyuman? Tentu saja senyum itu sangat berguna untuk membahagiakan orang lain. Trylah wahai sahabat, kalau Anda bertanya pada seseorang tapi orang tersebut menjawabnya dengan dengan muka masam. Bagimanakah  perasaan anda ketika itu? Pasti anda rasa kecewa dan  marah kan? Selain itu, Senyum membuatkan kebahagian pada seseorang malah senyum merupakan perbuatan baik, yang pastinya kamu bakal dapat pahala yang mudah. Senyum itu membawa berkat,  Dengan senyuman, banyak usaha yang berjaya. Contohnya, penjual makanan yang yang masam dan mahal senyum pasti dijauhi berbanding penjual makanan yang murah senyum dan ramah. Dengan senyum, anda akan dapat membahagiakan orang lain dan juga membuatkan hati anda berasa tenang. Kebaikan buat diri anda adalah anda akan ramai kawan dan sahabat,malah anda juga tidak  mudah mengalami stres dan yang paling penting membuatkan anda awet muda,  kerana dengan senyuman, kamu dapat mengawal rasa marah dan rasa kecewamu. Cubalah dan amalkan insyallah banyak faedah yang Anda akan dapat nanti..


Senyumlah..jangan tak senyum  🙂

 

Advertisements

Kenapa Aku Nak Berblog?

Posted: March 21, 2011 in Blues

Assalammualaikum….

Kekadang bila kita sedang2 duduk bersendirian, kita sering berbicara sendiri dengan hati, kenapa Aku begini..kenapa Aku begitu..Aku nak jadi ini dan aku nak jadi itu..Kalau ler apa yang kita idamkan semua dapat…seronoknya kan…

Tapi macam Aku cakap tadi bila duduk sendiri hati selalu berkata-kata masa tu kekadang terfikir masa akan datang, masa2 lampau..hehehehehe..sebab tulah….

Kenapa Aku Nak BerBlog?……sebabnya banyak perkara lucu yang aku sendiri tak sedari bila ianya berlaku. so bila aku baca balik entry-entry terdahulu, confirm akan tersengih sorang2.. sengih tu kan satu sedekah, dan sengih juga merupakan salah satu cara untuk mengekalkan awet muda.. tak caya korang sengihla seharian.. agak-agak pipi korang nanti cramp tak? bila cramp tu maknanya otot-otot pipi korang berfungsi secara normal dan korang memang selayaknya digelar orang yang pemurah dengan senyuman haha.

Kenapa Aku Nak BerBlog?… sebab aku nak kongsi cerita pot pet pot pet..kalau membebel orang taknak dengar, mesti orang tak suka.tak pasal2 aku dapat title nenek kebayan pulak ….tapi kalau aku tulis pasti ada yang baca..hehehehe..lagipun dengan blog  nie sebagai orang tengah bagi Aku meluahkan perasaan hati, fikiran otak aku..malah aku boleh kongsi dengan korang semua apa yang aku alami, cerita sensasi, berita, pengajaran, nasihat dan pengalaman2 hidup..banyak kebaikannya.tapi kena ingat jangan lebih2 pulak sampai mengaibkan orang atau menjatuhkan seseorang..nanti sapa yang rugi..diri sendiri juga..betul tak??..lagipun dengan berblog ni mengajar aku sebagai seorang insan, dan seorang penulis walaupun cakap aku selalunya merapu meraban main hentam jer ikut sedap mulut.. jadi dari sinilah aku dapat memahirkan diri menulis dengan bahasa-bahasa yang lebih sopan ..lebih cantik..lebih teratur..sekurang2nya aku mengajar diri aku sendiri.

Kenapa Aku Nak BerBlog?.. dan satu lagi kenapa..dengan berblog aku x sangka kekadang aku ni pandai jugak berkata2 puitis ..romantis..hehehe sejak bila ler aku jadi bunga2 walhal..aku tak suka berpuitis..tapi kekadang sesekali seronok juga..apapun cerita pasal blog banyak pendapat namyak sebabnya..yang penting aku happy apa yang aku buat daripada aku buat  benda-benda yang tak berfaedah. Sekurang2nya dapat juga aku buat senaman minda aku yang kekadang mcm highway…hehehehehhehe…

Syyysssssttt:-     Orang kata kalau kita nie asyik menulis ….mesti kuat berangan..betul ker???

Siapakah Aku?

Posted: March 21, 2011 in Blues

Assalammualaikum..buat sesiapa yang sudi mengenali diri ini,

Terima kasih atas sesiapa yang mengenali diri ini, siapakah Puteri belalang.. Puteri belalang adalah aku..hehehehe..kenapa minat dengan belalang..sbb dia cute..belalang adalah rakan sepermainanku sewaktu kecil dulu…

Aku seorang wanita biasa mencari teman untuk berbicara, berkongsi ilmu dan pendapat, Tiada yang istimewanya diri ini, Aku yang diberi nama Siti Norimah dilahirkan Muar, Johor.Orang biasa panggil diriku Ema atau Ct dalam keluarga aku still digelar panggilan Adik…hehehehe jangan mara ekk, Aku tak tinggi dan tak rendah..aku tak gemuk dan tak kurus..hanya sedang2 saja..itulah Aku …. sekadar mengisi ruang dengan hobi baru menulis blog,tergerak untuk menulis kerana aku sering membaca blog PakarHowTo, aku selalu membaca segala entri2 didalam blog itu.banyak sangat ilmu yang aku dapat ..dari situlah lama2 hati ni untuk mencuba dan minat untuk menulis blog..jawabnya lepas ni bukan menyusun jari sahaja dengan kaki2 pun akan kususun dalam blog nie…

Aku Insan Kerdil

Aku cuma insan kerdil
Yang lagi hina
Yang lagi dina
Aku sering alpa
Aku sering lupa
Lupa kepada kebesaranMu
Yang Maha Esa
Aku cuma manusia biasa
Tak lepas dari melakukan dosa
Tak lepas dari melakukan kesilapan
Namun sesungguhnya Engkau maha penyayang
Penyayang dan pengasih kepada hambanya
Semoga aku tidak lupa
Semoga aku tidak alpa
Dari mengingatiMu
Dari mengesakanMu
Dari melaksanakan suruhanMu
Sesungguhnya aku
Hanya insan kerdil semata
Amin….