Archive for the ‘Blues’ Category

Kenapa Aku Nak Berblog?

Posted: March 21, 2011 in Blues

Assalammualaikum….

Kekadang bila kita sedang2 duduk bersendirian, kita sering berbicara sendiri dengan hati, kenapa Aku begini..kenapa Aku begitu..Aku nak jadi ini dan aku nak jadi itu..Kalau ler apa yang kita idamkan semua dapat…seronoknya kan…

Tapi macam Aku cakap tadi bila duduk sendiri hati selalu berkata-kata masa tu kekadang terfikir masa akan datang, masa2 lampau..hehehehehe..sebab tulah….

Kenapa Aku Nak BerBlog?……sebabnya banyak perkara lucu yang aku sendiri tak sedari bila ianya berlaku. so bila aku baca balik entry-entry terdahulu, confirm akan tersengih sorang2.. sengih tu kan satu sedekah, dan sengih juga merupakan salah satu cara untuk mengekalkan awet muda.. tak caya korang sengihla seharian.. agak-agak pipi korang nanti cramp tak? bila cramp tu maknanya otot-otot pipi korang berfungsi secara normal dan korang memang selayaknya digelar orang yang pemurah dengan senyuman haha.

Kenapa Aku Nak BerBlog?… sebab aku nak kongsi cerita pot pet pot pet..kalau membebel orang taknak dengar, mesti orang tak suka.tak pasal2 aku dapat title nenek kebayan pulak ….tapi kalau aku tulis pasti ada yang baca..hehehehe..lagipun dengan blog  nie sebagai orang tengah bagi Aku meluahkan perasaan hati, fikiran otak aku..malah aku boleh kongsi dengan korang semua apa yang aku alami, cerita sensasi, berita, pengajaran, nasihat dan pengalaman2 hidup..banyak kebaikannya.tapi kena ingat jangan lebih2 pulak sampai mengaibkan orang atau menjatuhkan seseorang..nanti sapa yang rugi..diri sendiri juga..betul tak??..lagipun dengan berblog ni mengajar aku sebagai seorang insan, dan seorang penulis walaupun cakap aku selalunya merapu meraban main hentam jer ikut sedap mulut.. jadi dari sinilah aku dapat memahirkan diri menulis dengan bahasa-bahasa yang lebih sopan ..lebih cantik..lebih teratur..sekurang2nya aku mengajar diri aku sendiri.

Kenapa Aku Nak BerBlog?.. dan satu lagi kenapa..dengan berblog aku x sangka kekadang aku ni pandai jugak berkata2 puitis ..romantis..hehehe sejak bila ler aku jadi bunga2 walhal..aku tak suka berpuitis..tapi kekadang sesekali seronok juga..apapun cerita pasal blog banyak pendapat namyak sebabnya..yang penting aku happy apa yang aku buat daripada aku buat  benda-benda yang tak berfaedah. Sekurang2nya dapat juga aku buat senaman minda aku yang kekadang mcm highway…hehehehehhehe…

Syyysssssttt:-     Orang kata kalau kita nie asyik menulis ….mesti kuat berangan..betul ker???

Siapakah Aku?

Posted: March 21, 2011 in Blues

Assalammualaikum..buat sesiapa yang sudi mengenali diri ini,

Terima kasih atas sesiapa yang mengenali diri ini, siapakah Puteri belalang.. Puteri belalang adalah aku..hehehehe..kenapa minat dengan belalang..sbb dia cute..belalang adalah rakan sepermainanku sewaktu kecil dulu…

Aku seorang wanita biasa mencari teman untuk berbicara, berkongsi ilmu dan pendapat, Tiada yang istimewanya diri ini, Aku yang diberi nama Siti Norimah dilahirkan Muar, Johor.Orang biasa panggil diriku Ema atau Ct dalam keluarga aku still digelar panggilan Adik…hehehehe jangan mara ekk, Aku tak tinggi dan tak rendah..aku tak gemuk dan tak kurus..hanya sedang2 saja..itulah Aku …. sekadar mengisi ruang dengan hobi baru menulis blog,tergerak untuk menulis kerana aku sering membaca blog PakarHowTo, aku selalu membaca segala entri2 didalam blog itu.banyak sangat ilmu yang aku dapat ..dari situlah lama2 hati ni untuk mencuba dan minat untuk menulis blog..jawabnya lepas ni bukan menyusun jari sahaja dengan kaki2 pun akan kususun dalam blog nie…

Aku Insan Kerdil

Aku cuma insan kerdil
Yang lagi hina
Yang lagi dina
Aku sering alpa
Aku sering lupa
Lupa kepada kebesaranMu
Yang Maha Esa
Aku cuma manusia biasa
Tak lepas dari melakukan dosa
Tak lepas dari melakukan kesilapan
Namun sesungguhnya Engkau maha penyayang
Penyayang dan pengasih kepada hambanya
Semoga aku tidak lupa
Semoga aku tidak alpa
Dari mengingatiMu
Dari mengesakanMu
Dari melaksanakan suruhanMu
Sesungguhnya aku
Hanya insan kerdil semata
Amin….